Release
Notes.
Selamat datang ke versi terbaru! Kami sangat teruja untuk mempersembahkan pelbagai ciri baharu, penambahbaikan dan pembetulan pepijat yang akan meningkatkan pengalaman pengguna anda dan menjadikan interaksi anda lebih lancar.

Memperkenalkan KOLORIZE yang merevolusikan pewarnaan gambar, menggunakan teknologi terkini dan algoritma berdasarkan AI dengan warna-warna cerah dan menghidupkan kembali kenangan berharga untuk generasi akan datang.

  • Memperkenalkan Colorization AI, fungsi baru yang menghidupkan kembali gambar-gambar lama berwarna hitam-putih dengan warna-warna cerah menggunakan algoritma AI yang canggih. Mudah untuk mengubah kenangan keluarga anda hanya dengan beberapa klik.

  • Memperkenalkan fungsi muat naik gambar secara pukal, di mana pengguna memuat naik banyak gambar dalam satu masa.

  • Fungsi kongsi album membolehkan anda mencipta dan berkongsi album personal dengan gambar-gambar yang telah diwarnai dengan kenalan dan keluarga, menghasilkan ‘link’ yang unik untuk diakses dengan mudah.

  • Fungsi kongsi garis masa membolehkan anda berkongsi gambar-gambar berwarna anda di garis masa dengan menambah ‘caption’ lalu berkongsi dengan semua orang.

  • Memperkenalkan integrasi Single Sign-On (SSO) yang membolehkan anda untuk daftar masuk dengan akaun Google yang telah ada tanpa perlu menyimpan banyak akaun lain.

  • Memperkenalkan pembayaran secara atas talian menggunakan Billplz, dengan sokongan perbankan atas talian FPX dan kad kredit/debit untuk pengalaman pembelian token yang lancar dan selamat.